Monday, June 22, 2009

Kelebihan Bulan Rejab...=]

0 comments

Esok nak masuk bulan Rejab…

Amal ibadat sunat yg paling utama & besar ganjarannya ialah berpuasa…


Menurut maksud sebuah hadis Rasulullah SAW, sesiapa yg berpuasa sebulan pada bulan Rejab, maka Allah SWT menyeru kepadanya…

“Telah wajib hakmu atas-Ku, mintalah olehmu kepada-Ku.

Demi ketinggian dan kebesaran-Ku, tidak akan Aku tolak hajatmu.

Engkau adalah jiran-Ku dibawah ‘Arasy-Ku.

Engkau kekasih-Ku daripada semua makhluk-Ku.

Engkau mulia disisi-Ku.

Berbahagialah kamu, tiada hijab diantara Aku dan engkau.”



Fadhilat selanjutnya (menurut beberapa Hadis Rasulullah SAW) adalah seperti berikut:

Berpuasa sunat Rejab

· 20 hari – diampunkan dosa2nya yang lalu.

· 19 hari – dibinakan sebuah mahligai di syurga

· 16 hari – dapat melihat Allah di dalam syurga

· 15 hari – diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

· 14 hari – diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

· 13 hari – diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun (menurut Sayidina Ali)

· 10 hari – akan diberi 2 sayap (kepak) untuk terbang seperti kilatdi atas titian Sirat pada hari kiamat

· 9 hari – akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur & tidak ditolak masuk ke syurga

· 8 hari – akan dibukakan 8 pintu syurga

· 7 hari – ditutup baginya 7 pintu neraka

· 6 hari – dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya

· 5 hari – diamankan dari azab kubur

· 4 hari – menjauhi bala bencana & penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat

· 3 hari – dibinakan benteng yang menghalang ke neraka pada hari kiamat

· 2 hari – dipergandakan pahala ibadatnya

· Sehari – diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun & diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidup

* Jika puasa sehari itu ditambah dengan bersedekah – pahalanya akan ditambah seperti seribu kali ibadat haji & umrah

· Sehari pada 27 Rejab (hari Israk & Mikraj) – diberi pahala seperti puasa enam puluh bulan

* Jika puasa+sedekah – diberi pahala seperti puasa seribu tahun


Secara keseluruhannya, sesiapa yang berpuasa pada bulan Rejab

# akan diampunkan dosa2 nya yang lalu…

# dipelihara imannya bagi baki usianya…

# terlepas dari dahaga pada hari kiamat…


Sabda Rasulullah SAW bermaksud…

“Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku (Rasulullah) dan Ramadhan adalah bulan umatku.”


Para ulama’ menafsirkan Hadis Rasulullah SAW itu sebagai berikut…

Dalam bulan Rejab umat Islam seharusnya berusaha bercucuk tanam…

Bulan Sya’ban – bagi baja & siram air…

Bulan Ramadhan – tuai hasil yang ditanam…


Oleh itu, banyakkan ibadat pada bulan Rejab…

tambah lagi pada bulan Sya’ban…

tambah lagi pada bulan Ramadhan…

Inilah projek pembinaan untuk pemilikan syurga di akhirat kelak…


Sebenarnye aku tulis ni untuk diri aku sendiri, kawan2 & sesiapa je yang membaca…

Semoga Allah bagi kekuatan pada kite semue untuk menjalani ibadah2 ini…

Aku suke kat pepatah yang mengatakan…

Kalau x dapat buat semua… jgn tinggalkan semue...

Renung2 kan & selamat beramal... =]


Sumber : Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban & Ramadhan

Haji Johari Haji Alias


Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI BAPA.... AYAH!!!! =]

0 comments

Ayah aku seorang yang baik... sabar orang nyer...
selalu bertolak ansur dgn kerenah anak2 die yang mcm kitorang neh...
kuat bekerja & banyak bekorban utk kitorang...

Kadang2 kitorang adik-beradik dok same2...
kat ruang tamu... die join jgk...
borak2... gelak2... tah buat ape lg bende2 yg simple & kdg2 x befaedah pon...
layan je adik2 aku yang sengal 2... hahahaaaa
(klu diorang tau aku mengate diorang... memang nak kene...)

Kalau nak cite pasal ayah memang banyak...
tp sifat sabar die memang x boleh tahan...
sabar je org nyer... redha dgn ape yg berlaku...
seorang yg suke ikut peraturan...
ish kalau aku memang la... x boleh aku jd cam2...
tapi aku cube la... hehe


Cukup la tu...
kalau nak cite memang x abes...
yang penting kitorang sayang ayah...
dan yg lebih penting lagi ayah sayang kitorang...
mak pon cam2 jgk...
maafkan kitorang kalau ade wat salah... (mustahil xde...)
kitorang pon maafkan mak&ayah kalau ade wat salah ngan kitorang...
kahkahkah jahat nyer aku... =D

Ayah...
kali ni x dapat la beli hadiah tok ayah...
duit orang hilang...
xtau letak katne...
dah cari dah...
tp rase2 cam ade...
byk lak 2 hilang... =(

Duit...
ko katne???
aku nk gune ko nih... huhu

Ok2 dah tu...
merepek jaoh ni....

Kepada sesape yang masih ade ayahnye...
  • jage lah die dgn baek... die sayang kat kite sume xkire mcm mane sikap die kat kite... baek ke... garang ke... mcm x layan kite ke... hehe
  • jgn sakitkan hati ayah... kalau ade duit lebih2 tu blanje r makan ke... beli hadiah ke... xpon wat kad sendiri ke... whatever... die mesti seronok... (penah wat sbp 2 tau...)
Kepada yg x ade lg... jgn risau... ade bende yg kite still boleh buat tok mereka...
  • bagi yang ISLAM, sedekah kan al-fatihah setiap kali lepas solat... agar roh nya tenang & dosa nya diampunkan...
  • bersedekah & pahale tu bg kat diorang...
  • jadi anak yang baek & soleh sbp anak yang soleh adalah harta kpd ibu bapa...
  • INGAT TU!!!!!
So kesimpulannya sekarang...
SAYANGILAH IBU BAPA KITE SELAGI DIE MASIH ADE!!!!!!
Semua faham kan??? Arachi??? =]

Thursday, June 18, 2009

ADUAN KEROSAKAN JALAN RAYA SEKITAR KAMPUS UPM...

0 comments
Assalamualaikum & salam perjuangan...

Setelah hampir sebulan PMIUPM menghantar kertas aduan berkenaan jalan raya rosak kepada Pejabat Naib Canselor...

Akhirnya, minggu lepas hari jumaat, diorang bg feedback dgn mengatakan kertas aduan tu dah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan universiti dan semua jalan raya yang rosak akan dibaiki secepat mungkin..

Dan kalau kita tengok sekarang memang jalan sedang dibaiki...
Kita tunggu jela jalan raya baru... itu yang diorang cakap... =)

Setakat hari ini, jalan2 yang dah dibaiki :
* jalan ke K10
* jalan ke area ladang D dan agrotek

Apa2 info terbaru akan di update kemudian...

Wednesday, June 17, 2009

MENGEJUTKAN!!!!

0 comments
Isnin, 15/6/09 - Satu kebakaran kecil telah berlaku di Fakulti Pertanian, UPM antara jam 3.00-3.30 ptg. Menurut sumber, asap hitam mula keluar dan berbau dari Bilik Pengeringan aras bawah. Beberapa orang pelajar yang menyedari kejadian itu terus menelefon bomba. Bomba sampai dalam masa 10 minit kemudian.

Menurut laporan, kebakaran itu berpunca dari 'temperature oven' yang terlalu tinggi menyebabkan kertas terbakar. Terdapat beberapa sampel kajian pelajar tahun akhir turut musnah. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku. Fakulti juga dapat diselamatkan.


* Terima kasih kepada pelajar yang telah menelefon bomba tu... kalau lambat sket telefon mesti lagi banyak bende yang musnah...

* Secara positifnya, kita semua seharusnya bersyukur sebab kejadian berlaku pada siang hari & disedari dgn cepat... kalau jadi waktu malam... xtau nak kata ape... habis 1 fak...

* Selepas kejadian ni, diharapkan semua orang berhati2 bila nak guna apa2 juga alat tak kira di lab@mana2 aje... kita harus mengambil iktibar & pengajaran dia atas apa yang telah berlaku... =]

Tuesday, June 16, 2009

Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara ( Ko-SPIN '09 )

0 comments

Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam 2009

Adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Objektif:
  • Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara
  • Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar
  • Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara
Tempat : Auditorium D8 Putrajaya
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Tarikh : 11 Julai 2009


Sasaran peserta:
  • Wakil Majlis Perwakilan Pelajar IPTA dan IPTS
  • Wakil Pensyarah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS
  • Wakil Persatuan-persatuan guru-guru seperti NUTP dan NGO berkaitan
  • Wakil Kementerian
  • Guru besar dan wakil badan pelajar setiap sekolah di Selangor
  • Wakil daripada Parti Politik
- Maksimum perwakilan adalah seramai 3 orang untuk satu-satu pertubuhan,
entiti mahupun badan


http://kongrespendidikan.blogspot.com/

Thursday, June 4, 2009

2 ORANG PEMIMPIN YG SGT AKU KAGUMI... TAKBIR!!!!

1 comments
TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

MAHMOUD AHMADINEJAD
PRESIDEN IRAN


Iklan BODOH!!!!

2 comments
Heran aku macam mane iklan ni boleh kluar kat tv...
tv3!!!! banyak kali plak tuh!!!!
setiap kali time iklan buletin utama...
yang aku tgk td tv3... tv laen aku xtau la..

iklan pompuan pakai baju seksi (ish nak cite pon mcm x patot sgt)...
dgn tuang arak... menari2...
korang tengok la... xtau ape sebenarnye yang nak disampaikan..
boleh je nak buat iklan sabun mandi tapi jangan la melampau sangat...

sesape yang sayangkan ISLAM die mesti terasa bile tengok iklan neh...
kitorang(aku ngan rumate2 aku) setuju sgt yang kt semua mesti sensitif dgn bende2 mcm ni...
jgn mengambil sikap sambil lewa tentang mslh2 ni...
walaupon nampak nye kecik tp impak nyer sgt besar dalam proses pembinaan masyarakat madani pada hari ini...
  • cane iklan ni boleh ditayangkan sewenang2 nye???
  • orang2 kuat tv ni x fikir langsung ke kesan bile iklan macam ni dikeluarkan??
  • ape yang budak2@kanak2 akan fikir kalau tengok iklan ni???
  • kesan kepada masyarakat???
  • nak jadi masyarakat yang sangat open??? just fikir "iklan je 2.. xde pape pon"
  • wajarkah iklan2 macam ni teros menjadi pencuci mata kepada semua rakyat malaysia???
  • sampai bile kt nak biarkan iklan2 macam ni teros ditayangkan kat sini???
  • mane orang yang bertanggungjawab untuk tapis ape2 bentuk iklan dan cerita yang keluar kat tv???
FIKIR-FIKIRKAN... NA'UZUBILLAH

 

..:: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG ::.. Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template