Wednesday, June 17, 2009

MENGEJUTKAN!!!!


Isnin, 15/6/09 - Satu kebakaran kecil telah berlaku di Fakulti Pertanian, UPM antara jam 3.00-3.30 ptg. Menurut sumber, asap hitam mula keluar dan berbau dari Bilik Pengeringan aras bawah. Beberapa orang pelajar yang menyedari kejadian itu terus menelefon bomba. Bomba sampai dalam masa 10 minit kemudian.

Menurut laporan, kebakaran itu berpunca dari 'temperature oven' yang terlalu tinggi menyebabkan kertas terbakar. Terdapat beberapa sampel kajian pelajar tahun akhir turut musnah. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dan kecederaan yang berlaku. Fakulti juga dapat diselamatkan.


* Terima kasih kepada pelajar yang telah menelefon bomba tu... kalau lambat sket telefon mesti lagi banyak bende yang musnah...

* Secara positifnya, kita semua seharusnya bersyukur sebab kejadian berlaku pada siang hari & disedari dgn cepat... kalau jadi waktu malam... xtau nak kata ape... habis 1 fak...

* Selepas kejadian ni, diharapkan semua orang berhati2 bila nak guna apa2 juga alat tak kira di lab@mana2 aje... kita harus mengambil iktibar & pengajaran dia atas apa yang telah berlaku... =]

0 comments:

Post a Comment

 

..:: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG ::.. Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template